24.5.12

tentang seorang NENEK.

Seringkali orang bercakap tentang 'ibu' tapi jarang sekali menyebut tentang seorang 'nenek'.

(gambar  ; ini tudung saji yang nenek aku buat sendiri dari tali plastik pengikat kotak)

Dalam hidup aku selain emak, aku juga ada seorang nenek yang aku sayang walaupun kadang-kadang aku sering merajuk dengannya. Dan selalunya kalau aku meradang atau marah pasti nenek akan pujuk.


Masa kecik-kecik dulu aku tinggal dengan nenek. Nenek memang cerewet dan orang selalu cakap dia kedekut. Tapi orang tak faham sebenarnya nenek seorang yang sangat berjimat. Dia akan membelanjakan wangnya bila dia pasti barang tersebut benar-benar diperlukan. Satu lagi tabiat nenek yang sangat terkesan dihatiku ialah sikapnya yang suka menyimpan makanan untuk cucu-cucunya rasa walaupun makanan tu sangat sedikit. Dia puas hati bila semua orang dapat rasa.

Nenek juga sering membuat makanan yang kami suka padahal kadang-kadang aku cuma cakap main-main saja. Tup-tup sekejap lagi terbongkok-bongkoklah orang tua tu di dapur menyediakan juadah yang cucunya inginkan. Aku tak dapat lupa bila satu hari aku cakap nak makan dodol...dan aku tak sangka nenek sanggup buat pagi-pagi lagi sedangkan masa tu dia demam. Aku rasa bersalahlah sebab aku cuma 'cakap' tapi tak maksudkan suruh dia buat. Nenek..nenek...


Nenek juga suka buat kraftangan sendiri. Buat alas kaki sendiri, bakul, tudung saji, tikar, baju kurung dan macam-macam lagilah, semua seorang diri. Aku nak tolong memang tak pandai. Maklumlah masa tu aku kecik lagi.

Perca-perca kain bekas buat baju kurung atau baju kurung lama pasti nenek buat 'siling kain'. Nenek tak suka pakai siling biasa sebab tak suka binatang macam tikus berkeliaran di atas siling.

Jadi setiap kali nak lelapkan mata, aku dan adik pasti merenung siling yang nenek buat. Sampai tertidur kami cuba meneka kain baju kurung siapa yang melekat jadi siling tersebut. Hahaha...

 Inilah 'siling' nenek...

 Masa kecik dulu aku memang nakal. Selalu balik rumah dengan baju comot sebab aku ni suka main. Pantang ada masa, aku mesti main. Macam-macam permainanlah. Yang pasti mesti baju habis kotor. Nenek memang gelisah kalau aku balik sekolah lewat. Dia akan duduk dekat tangga dan tertinjau-tinjau arah jalan. Tunggu aku balik. Selalu jugaklah aku kena cubit sebab lambat. Lambat sebab aku suka berkeliaran dengan rakan sekolah. 

Tiap-tiap hari sebelum keluar ke sekolah nenek akan berpesan; jangan naik kenderaan orang asing, jangan dekat dengan orang yang tak kenal, jangan merayau..bla..bla..akibatnya semua kata-kata tu dah jadi macam perisai dalam kepala aku walaupun masa tu aku masih kanak-kanak. Walaupun aku nakal sampai pernah kena kejar anjing, tapi aku seorang yang amat berhati-hati masa tu.

Sebenarnya setiap pagi bila melalui deretan kedai di pekan untuk ke sekolah, ada seorang apek tua berbadan gempal selalu tunggu aku depan pintu kedainya. Dia selalu hulur duit sepuluh ringgit minta aku ikut dia masuk rumah. Walaupun waktu itu aku tak berapa faham, tapi aku ingat pesan nenek. JANGAN IKUT ORANG YANG KITA TAK KENAL. (Sekarang bukan orang tak kenal aje yang bahaya, yang kenal tu pun lagi bahaya!)

Masa aku sakit, nenek orang pertama susah hati. Pantang sakit sikit mesti terus pergi hospital. Dalam pada tu nenek rajin bagi aku makan ubat kampung macam air halia tumbuk...dan sampai sekarang aku amalkan minum bila perut aku terasa lain macam sebab angin. Lagi satu siapa yang mabuk kenderaan minumlah air halia tumbuk ni dua hari berturut-turut sebelum naik bas. InsyaAllah tak mabuk dah.

Kenangan ketika puasa masih terpahat dalam hatiku. Kerana dalam bulan inilah nenek akan menjadi sangat pemurah dengan duit saku. Dia akan beri buat beli makanan berbuka. Aku boleh beli apa saja. Aiskrim? keropok? coklat? Semua boleh. Asalkan aku berpuasa. Tapi apa yang nenek tak tahu aku tak pernah puasa. Akukan budak nakal. Minum air paip kat sekolah tu perkara biasa. Sedangkan adik aku sangat teguh berpuasa. (maaf nek..zaman tu aku memang dajal sikit!)

Tapi ada satu perangai nenek yang aku takut masa tu...pantang cikgu panggil datang nak jumpa, mestiii.. dia sampai dulu ke sekolah. Laju je..apa lagi depan cikgu dia keluarlah 'aduannya' pasal aku. Berbulu telinga aku apatah lagi kawan-kawan satu kelas dengar! hehehe...Tapi bila dikenangkan sekarang betapa besar tanggungjawab dan perihatin nenek padaku. Tak terbalas rasanya.



Sekarang nenek dah tua sangat. Dah tak larat nak masak untuk cucu-cucunya. Hobinya yang suka berkebun pun tak terbuat dah. Tapi perangai keras nenek yang tak suka bergantung dengan orang masih sama. Hahaha...kadang-kadang geram emak aku dibuatnya.

Aku tak tahu bila aku dapat jaga nenek. Aku cuma boleh mendengar suaranya di telefon kalau rasa rindu. Aku rasa nenek pun rindu padaku. Masih terdengar-dengar nenek bercerita sebelum kami masuk tidur. Macam-macam cerita dongeng sampai aku ternganga. Kalau suruh datuk aku yang cerita, confirm tiap-tiap malam telinga aku tersumbat dengan 'kisah sang kancil' memanjang! Hahaha....

Ahh, jasa nenek sebesar alam. Walau apa pun pandangan orang pada nenek, dia tetap dihatiku sebab hanya aku yang faham apa yang tersirat dihatinya walaupun emak aku kadang-kadang tak mengerti dengan kedegilan nenek.

Nenek, kita sayang nenek. (T_T)

6 ulasan:

Naz berkata...

reading this makes me miss my late granny..

dear yayah berkata...

I love my grandma so much.. slalu granddaughter mmg akn lebih rapat ngan nenek kan.. rindunye

hud aikara berkata...

betul tu..rasa rindu...kalau boleh rasa nak terbang balik kampung!

UniMeOw berkata...

huhu cedih lak...perangai nenek hud lebih kurg mcm nenek uni..

hak3,,nt post la cter sang kancil yg slalu atuk cter 2..haha

=*_*=Phat Cat with Phat Lady berkata...

rasa sebak lak baca entry nih..sempat rasa kasih sayang nenek sampai sekolah tadika jer..pastu nenek ninggal... T_T

NoRHaNa CorNER berkata...

kita dh xde nenek huhuhu

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...