18.6.12

maafkan aku Chot kerana tak mampu jaga kau...T_T

 Wajah Chot minta makan..

Kucing comel ini aku beri nama Chot. Hari-hari dia ulang alik depan office aku. Kiranya dia macam kucing jalanan lainlah membesar dan cari rezeki atas ehsan manusia. Lucunya dia kenal aku walau kat mana pun terserempak. Nampak je terus dia datang mengeow manja. Macam tegur aku; "nak ke mana?"


Aku dan kawan aku Aina rajin beri dia makan depan office. Tak sangka pula kemudiannya tiap-tiap hari dia tunggu kami padahal orang-orang di kawasan itu pun ada yang rajin bagi dia makan. Bukan dia seekorlah ada lagi kucing jalanan yang lain. Tapi hanya Chot yang setia tunggu kami, sehari tiga kali di depan pintu.

Nampak tak kat CCTV tu? Hah. Dia tengah tunggu kami keluar lunch tu! kadang-kadang sampai tertidur menunggu. Belas betul aku tengok. Nasib baik hari-hari aku bawa biskut kucing. Bolehlah aku beri dia dan kawan-kawannya tiga kali sehari. Pagi, tengahari dan petang. Peliknya waktu lain dia memang tak ada. Merayau jauh juga sebab aku pernah terserempak dengan dia. Itulah yang dia boleh kenal dan tegur aku tu...hehehe...

Cuma aku kesian memikirkan hari Ahad memang dia tak akan jumpa kamilah. Aku berdoa dia dapat rezeki murah pada hari tersebut. Chot, aku memang tak mampu jaga kau. Aku boleh bagi kau makan saja. Jaga diri kau baik-baik ya. Jangan tidur bawah kereta orang. Bahaya. Jangan gapai kaki orang...tang ni memang sedih..dia minta perhatian dengan gapai kaki orang walaupun dia tak menyentuh. Gapai angin dengan harapan orang yang lalu tu menoleh ke bawah...tak ada orang toleh pun walaupun mulutnya bising memanggil...

Dari matanya aku tahu dia nak sangat bertuan. sebab dalam banyak-banyak kucing jalanan di kawasan itu hanya dia seekor saja yang ramah dan kenal orang yang bagi dia makan. Yang lain datang dan pergi.

Maafkan aku Chot tak dapat jaga kau...(T_T)...

p/s: aku doakan semoga ada orang yang lembut hati ambil kau...jadi tak adalah kau menghuni tempat-tempat kotor untuk mengelak hujan dan kesejukan...

5 ulasan:

Mama Tatami berkata...

tersentuh hati tgk Chot. kita doakan semoga Chot selamat....rasa nak nanges jer. huhuhu

UniMeOw berkata...

cian chot..

maaf chot,,uni pon xmampu nak jga kmu..uhukkk

ery D cat berkata...

sedih rs tgk dia nih...doakan yg baik2 shj...yelah nak nanges bila dia gapai2 tgn nak makan tu..aduh..tetiba bergenang air mata ni..

hud aikara berkata...

memang sedih..apatah lagi hari-hari saya mengadap muka kesian dia...nasib baik dia ni jantan..kalau betina kesian pulak kat bakal anak-anaknya nanti..

meowwmania berkata...

mmg pernah alami situasi macam ni, sedih sgt..hanya doa yg selalu mengiringi mereka

mudah-mudahan mereka selamat dan sihat sentiasa, amin..

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...