27.7.12

SuSHi maKanaN COmeL yang SEDAP!

Maaf le di bulan puasa gini aku letak entry cute + sedap ni...hehehee..bukan apa geram betul tengok gambar sushi kat Mr Google. Semua cantik-cantik. Sushi antara makanan yang paling aku suka. Tempat selalu aku dapatkan benda alah ni ialah di Jusco (sekarang AEON). Sebabnya aku memang 'hantu' seaweed! kalau tak makan sushi aku akan beli seaweed dan makan dengan sup, quaker oat atau nasi.

 Nah kau, mahu seminggu tak payah makan sebab kenyang! hahahah...

 Aturan yang sangat unik...

 mmm...sedap...

Sushi meow meow...hehehe

Secara harfiahnya (menurut wikipedia) Sushi bererti " itu (berasa) masam".  Sushi umumnya digolongan dalam bentuk nasi yang dicampur dengan campuran cuka beras, garam dan gula antaranya nigirizushi, oshizushi, chirashizushi, inarizushi, dan narezushi. Sushi mestilah dimakan segera sebab ia bukan makanan tahan lama. Nanti ada pulak yang sakit perut...hehehe...

Paling best di makan dengan kicap cair atau dengan wasabi. Kalau yang tak biasa dengan wasabi tu pastikan ambil sikit aje tau..kalau makan lebih, alamat berasaplah telinga..nanti terkedu kelu selama seminit...hahaha...

Di Jepun ahli sushi di restoran tradisional dipanggil Sushi Shokunin dan merupakan satu pekerjaan terhormat yang berpendapatan tinggi. Malah secara tradisinya pembuat sushi mestilah seorang lelaki. Logiknya suhu badan lelaki lebih rendah dari badan perempuan. Makanan laut mentah mudah berubah warna dan rasa bergantung kepada suhu badan orang yang memegangnya. (oooo...)
.
.
.
.
Alamak..(tengok jam) dah petang giler ni..ok sekian pasal sushi comel..budak Hud nak balik, nak ready buka puasa...'(^__^)v

gambar2: mr google....

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...