24.8.12

jamu selera ala kampung.


Balik kampung hari tu adik aku buat kuih buah melaka. Aku tukang kutip buah yang masak dalam periuk. (Seronok tengok gentelan yang masak muncul di permukaan..lepas tu tangkap dengan penapis..hehehe macam nak tangkap ikan pulak).

Ini ikan tongkol yang disalai oleh mak aku. Family aku semua suka ikan salai ni. Kalau dapat makan, masing-masing berebut-rebut!

Cara buat senang aje. Ikan tongkol disiang dan dicuci bersih. Kemudian belah dua dan kembangkan atas tempat bakar dengan bersalut garam. Jangan banyak sangat garam, nanti masin pulak. Api mesti api yang berbara.

Salailah sampai masak. Boleh simpan berbulan-bulan dalam peti ais tapi mesti disalai balik sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Hanya ikan jenis ini yang boleh bertahan lama jusnya walaupun berkali-kali disalai. Ikan lain akan jadi semakin kering.

Bila kering dah tak sedap nak ratah atau makan macam tu aje dengan nasi. Biasanya ikan jenis lain bila dah kering akan dimasukkan dalam gulai sebagai perencah. Tapi ikan tongkol akan kekal manis isinya. Mmmm kalau ditenyeh dengan sambal belacan lagi terangkat!

Betik ni sebagai pelawas..(ini pun nak tunjuk ke???)..(O.0)


Ketam bunga yang telah digoreng oleh adik aku. Aku lebih suka makan rebus. Kalau rebus isi ketam lebih manis dan jusnya tak kering...(lain kali buat sendiri!)

Hah. Cu teka apa ni?? hehehe...inilah tempoyak goreng. Mak aku buatkan. Tempoyak ini telah dimasak dengan cili, bawang dan ikan bilis. Rasanya pun best.

Pendek kata kalau balik kampung semua sedap. Padahal benda-benda ni aku boleh dapat kat KL ni. Cuma bezanya tak ada aura. Makan kat kampung baru berselera..lebih-lebih lagi kalau yang buat tu mak aku...hihihihi...

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...