28.8.12

kUCing-KuCiNg mak.

Hooo...raya belum habis lagi. Rumah terbuka di sana sini. Makan. makan. Tak hairanlah Malaysia antara negara yang ramai obesiti...makanan banyak..(hei termasuklah aku..huhuhu)

Ngeh ngeh ngeh. Di bawah ini anak-anak bulu mak aku. Ini si Combi tapi dia ni jantan. Kepala besar badan kecik. Sangat manja. Tapi bila tiba gila dia, semua orang yang datang rumah dia nak 'tanda' dengan air wanginya tuh. Suka makan biskut kucing. Kalau dah dapat, nasi dengan ikan dia tak layan...


Ini pulak si Black. Si kecik ni orang buang di pasar. Sepupu aku bawa balik sebab kesian dia mengekor kelaparan. Akhirnya mak aku yang bela. Dia ni sangat manja sebab anggap mak aku mama dia. Malam-malam sebelum tidur Black menyonyot tangan mak aku macam tengah hisap susu. Kesian dia...

Yang ini lagi kesian. Namanya Momok. Bibir bawah dah hilang sebab dulu kena penyakit mulut. Tapi sekarang rasanya dah sembuh. Momok kucing liar yang tumpang makan kat rumah mak. Bertahun-tahun dia tinggal di sekitar rumah. Nak makan je baru dia masuk. Momok manja tapi orang susah nak pegang dia sebab dia selalu comot. Tapi Combi sayang dengan Momok ni.

Dulu dia kena cirit birit yang teruk. Mak aku banyak kali bawa dia ke vet. Tapi bila nak bagi ubat susulan di rumah cukup susah. Dua orang pegang pun tak dapat bagi dia ubat. Akhirnya dia sembuh sendiri. Antibodi dia ni memang kuat. Tapi Momok ni memang pandai. Dia dengar cakap. Cuma tang mandi, makan ubat janganlah harap. Nak hantar ke vet pun kena serkup dengan guni dulu..hehehe...

Balik KL aku rindu pulak dengan keletah diorang ni. Lebih-lebih lagi si Black yang suka bergurau tu. Dia smackdown orang macamlah kita ni sebesar dia. Bukan kita yang jatuh, dia yang terlentang..hahaha...

4 ulasan:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P berkata...

kekucing ni lah yang menggembirakan kita di kala sepi kan, dengan keletah diorang

hud aikara berkata...

Mrs.Yana: betul,betul! hilang stress tengok gelagat diorang. (^__^)

meowwmania berkata...

hehe...seronok beraya kalau ada bebudak bulus ni kan, gelihati tgk gelagat mereka :D

UniMeOw berkata...

hehe combi jantan?? kucg uni dlu pon nama combi..tp betina la...:)

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...