24.8.12

muSim Raya...aku MemaNG beNci DenGan MerCun!

Hari Raya tak sudah-sudah dengan mercun! ( ni nak membebel nih.) Bukan apa kalau main sendiri depan rumah atau kat padang tu, aku tak adalah kisah sangat. Tapi ni main tepi jalan. Siap main campak-campak atas jalan. Hangin satu badan! Rasa nak bagi penampar je.

Yelah mercun bukan macam bunga api. Mercun sangat merbahaya bila meletup dan terkena tubuh. Tak pasal-pasal orang yang lalu kat jalan tu buta mata. Tak pun melecur.

Di kampung aku sepanjang malam raya bunyi pom pang pom pang tak henti-henti. Sampai kami takut nak keluar malam berjalan kaki ke kedai. Kebanyakkan tepi jalan budak-budak main mercun. Bukan budak aje, bapak budak pun ada!
Macam lalu di zon perang pulak. Lain kali aku kena pakai baju perisai gamaknya.


Ha. Ni ketupat pulut santan yang nenek dan mak saudara aku buat. Rasanya macam lemang yang masih baru dikopak. Tak keras. Ini ketupat tradisi keluarga aku. Orang lain buat ketupat nasi, kami buat ketupat jenis ini. Sebab itu lemang tak glamer pada raya kami. Hehehe...
Kelonsong ketupat yang baru siap dianyam.
Eh, ni lengkung santan gula merah kegemaran aku. Kalau orang KL panggil agar-agar.
Yang ni coklat pertama aku buat. Resepinya ntah apa-apa aku guna. Rasa tak berapa bagus sebab coklat yang diguna tak berapa sesuai. Hmmm...cubaan pertama....

p/s: masih dalam aura raya...(^___^)'

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...