12.9.12

Lama tak update, Meroyan sekejap.

PC aku ni namanya BAM BAM atau nama tak glamernya ROKIAH. Hahaha. 

(Dah lama rasanya tak jenguk blog ni. Sebabnya sibuk. Bizi. Esok audit ISO di office. Harap-harap semuanya berjalan lancar). 

Si Bam Bam aku ni pulak banyak berjasa menghubungkan aku ke alam maya. Walaupun orang lain suka kelek Laptop tapi aku suka dengan PC. Lagi pun CPU Bam Bam ni kecik molek. Senang aje nak sumbat dalam beg kalau ada problem nak hantar ke 'workshop'. Hehehe.


Kat atas ni pulak 'keluarga penambah selera' makan yang wajib ada dalam peti ais rumah kami. En. Kicap, Mek budu, Cik belacan, abang cencaluk dan kak wasabi.

Hahaha.

(apa kejadahnya kau cerita benda ni Hud???)

Masalahnya aku ni selalu nak kena ada salah satu benda-benda ni kalau nak makan. Sebenarnya lidah aku ni tak adalah lidah Melayu sangat sebab aku boleh makan masakan apa saja, janji ada penyedap. Misalnya wasabi. Selalunya orang makan dengan sushi tapi aku boleh joinkan dalam nasi biasa. Sekarang aku dah gilakan kimchi pulak. Siap ratah depan TV pulak tu. Nasib baiklah kimchi tu boleh tahan jugak mahalnya kalau tak tiap-tiap hari aku 'cekik' benda alah tu!

Ini namanya lidah aneh. Jenis yang sambal belacan boleh makan dengan sanwich! Aku tak kisah orang kata pelik. Janji aku rasa sedap. (Sah kau memang pelik.)
.
.
.
.
.
v

Tapi budak - budak ni lagi pelik. Berbulu, comel dan mengada. 
Memang pelik.Oooo....

(Kuya: kenapa ngan uwan tu?
Leo  : ntah. meroyan kot...)
*lepas tu diorang sambung gusti balik.

3 ulasan:

meowwmania berkata...

hye BamBam awak comel lah hikhik..

hud aikara berkata...

meowwmania: hahaha Bam Bam kirim salam...

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P berkata...

eeeisshh pelik nya selera dia ! hehe.
ha ah, CPU dia cantik :)

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...