17.12.12

Flaming...ooohhh makan sampai kenyang...


Hehehe dalam dua bulan ni rezeki murah. Ada aje yang ajak makan. Tapi tempat paling top pergi dalam dua bulan ni ialah kat Flaming. Ada apa kat sana? Ooooo  siapa yang ada gout tak payah baca entry ni..hihihihi..bukan apa kalau sampai kat sini gerenti tak dapat tahan punya.

(Gout atau dalam bahasa latinnya gutta yang bermakna 'setitis'. Pesakit gout akan mengalami peningkatan paras asid urik yang tinggi jadi jangan makan makanan yang tinggi purina macam daging, ikan, kacang, cendawan, bayam dll - info wikipedia).

Di Flaming Steamboat buffet ni macam-macam makanan laut kita boleh makan sampai kenyang dengan harga yang murah. Satu kepala RM 28.00! Makanlah sampai pecah perut. Masa diberi 2 jam. (macam masuk pertandingan makan pulak). Flaming ni ada beberapa cawangan, yang paling dekat dengan rumah aku ialah Flaming di Danau Kota. Alaaa sebelah Festival City tu...(orang yang tinggal dekat area Wangsa Maju mesti tau nih). Kalau nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke laman web http://www.flamingsteamboat.com/

Ni le benda-benda yang kami telan sampai pat lima kali. Sampai tak sedar diri. Lebih-lebih lagi aku ni memang suka sangat dengan seafooddddd....oooo heaven!

Kat KL ni banyak tempat menawarkan steamboat macam ni tapi buat masa ni aku lebih selesa kat sini sebab dekat dengan rumah dan bahan-bahan yang digunakan boleh tahan segar. Sup dia kita kena pandai masukkan bahan sendiri sampai mencapai rasa yang dikehendaki. 

Sebenarnya bukan makanan laut aje yang ada, nasi pun ada. Ayam, dim sum, pau, buah-buahan, ais krim, mee dan macam-macam lagi lah. Paling bagus kalau dapat meja yang dekat dengan tempat buffet. Ngeh ngeh ngeh...dengan tak malunya aku bangun berkali-kali melilau mencari apa yang nak di 'cekik'. Paling banyak ambil ketamlah...


Apa pun tempat ni sesuailah untuk seisi keluarga ataupun untuk datang berjimba-jimba dengan kawan-kawan. Seronok lepak-lepak sambil makan-makan. Kalau pergi hujung minggu pastikan anda booking sebab susah nak dapat meja. kalau ada pun nunnnn terceruk jauh. Hari kerja bila-bila masa boleh datang menonong. Tapi tempat ni start buka jam 5 petang. Jangan pulak pukul 10 pagi ada yang dah tercegat depan situ..hahahaha....

*gambar; dari handset adik aku...

4 ulasan:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P berkata...

Yana pun pernah gi sini.. Untung, sebab ada ketam. Variety seafood pun banyak. Ada stgh tempat harga murah TAPI banyak mix ball tu je. eh, dah naik rege ek... baru pergi 4 bulan lepas RM 26.90 1kepala

Razfira berkata...

hehe sy mmg suke g sini

eh x taw plak mase diberi 2 jam je

slalu lebiih laa

hahaha

mmg syok makanan, cume tmpat die (sebelah sunway) tu agak crowded and x open sgt

http://wonderfurrworld.blogspot.com/ berkata...

adohhhh terliurrrr

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

ni boleh menggugat iman den & den nak kena gugat iman laki den dengan gambar ketam itu.. hahahaha. lama pulak x makan steamboat. susah la anak kecik ni.. nak2 lagi tgh melasak.

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...