9.12.12

kakak-kakak..terima lah caye ni..

Kisah Leo dan Kuya lain pulak bila dapat adik baru. (sila baca entry si Kechik kat bawah). Punyalah diorang marah sebab aku tak berbincang lansung dengan diorang pasal si Kechik.

Leo: TIDAKKKK!!! Yo tak hingin nak terima dia.

Kuya: Uya pon TAK NAK!!!

Uwan: Yo, Ya..tak baik tau. Kesian dia. Takde mama. Mana boleh tahan hidup kat luar tu. Dia kecik lagi tu...

Leo: Ahhh, tak mau, tak mau! jangan kaci dia menan Yo..nanti Yo tendang dia!

 Kechik tak takoottt ponnn...hehehehe

Yang ni pulak kami senyap-senyap letak Kechik kat tepi Leo..lansung si Leo tak sedar! Sedap sangat tidooo....kalau dia sedar memang melompat marahlah..


Ayoyoo memang budak bulus berdua tu boikot habis. Bila si Kechik lalu je mesti kena sembur. Kadang-kadang tu diorang sengaja lalu lalang dekat Kechik sebab nak sembur dia. nasib baik Kuya dan Leo ni jenis lambat tangan. Tapi yang kelakarnya dalam diam-diam diorang suka perhati Kechik main bola. Sampai ada sekali tu Kuya terikut main kejar-kejar. Agaknya mungkin dia baru teringat "tak boleh terima" Kechik, dia boleh berhenti dan sembur balik. Hahahaha...si Kechik buat muka bodoh je...

7 ulasan:

ctpayong berkata...

wahhhh...comelnyeeeee si kecik.

adza irdawati berkata...

alololo tomeiiiiiiiiiiiii

Rosmawati Yusof berkata...

Montel dah sikechik ni...

Iela Lullaby berkata...

Belang2 di bdan dh hmpir sama dh tu..

Boleh la yo ngn uya...jd kn kechik adk...heheh..tkmo smbur2 la ye

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P berkata...

seronoklah ada baby baru.. jeles !

tachi n poncho berkata...

olololo~~ sian c kechik..xpe..pelan2 kawan ngan leo n kuya k. dorg saje je tu blakon garang

hud aikara berkata...

hehehe...yelah kawan-kawan sekarang kuya dah mula main-main dengan kechik cuma takleh dekat sangat nanti kechik kena pelempang...hahaha

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...