9.12.12

Si Kechik bayi terbuang...

Al kisahnya pada 22 November lepas, pada malam yang masih muda (waktu KL lah, kalau kat kampung pukul sepuluh tu dah lewat dah)..adik aku baru balik dari tempat kerja selepas berjimba-jimba kat luar, adalah seekor makhluk cenonet ikut dia balik sampai depan pintu.

Aku bagi makhluk comel tu piskis..ingatkan lepas tu dia beredarlah sebab depan pintu rumah aku ni tiap-tiap hari jadi tumpuan kucing-kucing minta makan. Lepas makan diorang biasanya merayaulah. Tapi yang datang ni mungkin pertama kali baby, jadi dia takut dan nampak macam baru kena buang..kesian betul..

Aku pulak buat kerja dekat lubang angin dinding. Jadi boleh nampak si baby tu meremuk dekat lubang perhatikan aku sambil berbunyi sayu. Aku hulur jari, alahai dia peluk jari aku dengan manja. Sejam, dua jam..tak sampai hati!!!!

Adik aku dengan sadisnya telah baring atas katil dan menyelimut diri dengan kejap sebab tak sampai hati nak dengar tangisan kat luar. Sapeeeelah yang buang bayi macam ni! Dahlah kawan tu kecik lagi, sejuk, takut....

Akhirnya dengan nekad aku buka kandang lama Leo dan Kuya. Aku pasang balik. Aku ambil baby tu jadi anak angkat. Terus kena mandi dengan air suam dan sabun, dia diam tak berkutik. Macam tahu tahu je orang kesian kat dia. Iks iks..

Tak apa sayang, aku memang tak berapa nak mampu dari segi kewangan tapi itu kita boleh fikir lain. Aku harap kau membesar dengan sihat dan ceria. Buat masa ni kau kenalah pinjam barang-barang kakak-kakak kau Leo dan Kuya kecuali baju sebab diorang memang jenis suka berbogel jer..jangan terkejut..

 Nilah wajah pertama kali dia jadi keluarga kami.

 Tak pasti lelaki ke pompuan.


Aku panggil dia Boboi @ adik Kechik. 

4 ulasan:

ctpayong berkata...

macam kucing kakCT....serupa bona.

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

sian dia.. sapa la gamak buang anak yatim tu yer

NGERINYA SOGO! KALAU TAK KUAT SEMANGAT JANGAN PERGI

Iela Lullaby berkata...

Smge di limpahkn rzeki awk utk sma2 kte mmbntu ape yg terdaya demi ank2 bulus ni smua =)

hud aikara berkata...

semoga kechik membesar dengan sihat...amin..

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...