15.1.13

Leo, janganlah sombong sangat!

Kuya: nape uwan nengok tite?

Uwan: takdelah...


Uwan: baik hatilah kak Kuya ni, sayang kat adik...tapi nape muka masam?

Kuya: uwan cakap nak bergambar je...dah lum?


Kuya: kalau dah...syuhhh ko Kechik! nyebuk je!

Kechik: jangan cepak tite..


Uwan: ooo..Kuya berlakon je..??? tak baik tau! 

Gambar kat bawah ni saje je nak bagi terliur...ngeh ngeh ngeh...
.
.
.
v



Hehehe...sebenarnya aku tak sangka Kuya cepat berbaik dengan Kechik walaupun secara luarnya dia seekor kucing yang becok, kuat merajuk dan pandai marah orang. Sekarang ni dia yang rajin bermain kejar-kejar dengan Kechik. Seronoklah dia sebab ada teman bermain. Nak harapkan si Leo, huh tahu menggendutkan perut jer...(ngumpat Leo..hehehe)

Si Leo pulak sejak ada Kechik ni selalu je moody. Selalu bergaduh dengan Kuya. Suka marah-marah. Kadang-kadang aku geram dengan perangai dia. Padahal si Kechik berusaha nak berbaik dengan dia. Sampai sekarang dia tak suka Kechik. Kalau orang pun dia susah nak suka, apatah lagi kucing lain. Dalam hidup Leo cuma aku, adik aku Aula, Ain dan Kuya saja yang wujud. Orang lain tu dia tak suka.

Memang kucing yang pelik. Tapi sangat kelakar kalau korang tengok dia berkomunikasi dengan orang yang asing baginya. Dia akan tenung orang tu dengan mata bulat yang berang dan mulutnya becok padahal selama ni dia pendiam. Sebab tulah adik aku Faiz kalau datang KL, suka usik dia. Katanya seronok usik Leo sebab ada tindakbalas. Dia pernah berebut kerusi dengan Leo dan si Leo tak nak mengalah. Siap pandang adik aku tu dengan marah sambil mulut membebel. Adik aku Faiz goncang kerusi, dia melekap kat tempat duduk dengan kuat. Tak nak kalah. Kalau kucing lain dah blah je kalau tak suka atau rasa terganggu...Hehehe...

Bila dah duduk dengan orang, dan tak bergaul pulak dengan kucing lain, perangai pun dah jadi orang....hehehehehehe....

2 ulasan:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P berkata...

hahaa.. Leo tu perasan je lebih. kucing tetap kucing hokeh ! :)

meowwmania berkata...

hamboii...tak padan kecik si Kechik tu yer

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...