1.1.13

The Hobbit; An Unexpected Journey


The Hobbit. Berasal dari buku yang dikarang penulis terkenal J.R.R. Tolkein pada 1937. Sebenarnya aku dah baca bukunya lama dulu ketika zaman belajar. Tapi aku masih ingat jalan cerita dan beberapa dialognya yang berkesan. Misalnya teka-teki yang dimainkan oleh Bilbo dan Gollum. Jadi ketika babak tersebut sedang dimainkan aku dulu yang jawab teka teki tersebut...hehehehe...






Dengarnya ada dua lagi siri filem ini yang akan ditayangkan, sambungan dari filem pertama The Hobbit; An Unexpected Journey. Kalau korang pernah menonton filem Lord Of The Rings, hah yang ini merupakan cerita Hobbit yang pertama. Ingat tak uncle Frodo Baggins dalam Lord of The Rings, Bilbo Baggins? Ini ialah cerita tentang Bilbo (Martin Freeman) yang penuh adventure dan pertualangan hebat bersama Gandalf (Ian McKellen) dan 13 orang kerdil yang diketuai oleh Thorin Orakenshield (Richard Armitage) untuk mendapatkan kembali Pergunungan Sunyi yang ditakluki naga jahat si Smaug.


Sudah tentu cerita ini ada yang ditambah dan ditolak dari novel asal tapi keasliannya tetap terjagalah. Sebab apa yang aku bayangkan dalam novel secocok dengan filem ini. Lebih-lebih lagi watak-watak antagonisnya yang hodoh dan kejam. Rupa makhluk bawah gunung yang jahat tu betul-betul real dan menggelikan. Aku memang gelak sakan masa babak Bilbo cuba melepaskan pony mereka dari tawanan tiga gergasi hodoh yang lembab. 


Permulaan filem ini menunjukkan Bilbo yang berumur sedang menulis buku untuk Frodo tentang kisah pengalamannya yang sebenar. Kemudian ada flash back masa mudanya di mana pengembaraan pun bermula. Masa ni kawasan desa kediaman Hobbit tu sungguh indah dan cantik. 

Kedatangan Gandalf secara tiba-tiba merosak suasana aman damai hidup Bilbo. Rupanya Gandalf telah memilih Bilbo sebagai ahli ke-14 dalam pengembaran mereka menuju ke negara asal sekumpulan orang kerdil. Orang kerdil dalam cerita ini bukan rupa macam orang kerdil Snow White tu, tapi rupa macam manusia biasa cuma lebih rendah dan kecil dari manusia. Lebih kurang tinggi Hobbitlah.

 
Watak Gollum muncul ketika Bilbo terjatuh ke lubang paling dalam ketika mengelak dari ditangkap mahkluk jin gunung yang kejam. Dia bertembung dengan Gollum dan di sinilah ceritanya bagaimana Bilbo mendapat cincin lagenda dalam Lord Of The Rings tu.

Bagaimanapun tayangan selama 2 jam lebih ni bestlah...tak boring dan filemnya sangat cantik! lagu pun sesuai. Siapa minat trilogi Lord Of the Rings, wajar menonton filem ini juga. 
(^___^)v

2 ulasan:

http://wonderfurrworld.blogspot.com/ berkata...

baru jer tgk cite tu ari tu...yg 3D punye.. mmg terbaek lah.. rasa cam x puas jer tgk.. dan x sabar nak tgk sambungan dia..heheheh

Razfira berkata...

memang best pon cite ni :)

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...