13.2.13

Husin, Mon dan Jin pakai toncit!



Sabtu lepas sempat berjimba-jimba dengan mak dan adik beradik ke Wangsa Walk. Tengok Husin, Mon dan Jin pakai toncit.

Tayangan pukul 3.30 petang. Dapat tempat duduk yang tak berapa best. Tempat lain dah penuh. Besar harapan aku nak tengok cerita ni sebab aku memang minat sangat dengan Hantu Kak Limah tu.

Tapi bila tengok je tayangan yang hanya satu jam setengah tu, aku rasa sangat lama. Macam berjam-jam pulak. Rasa nak menguap. Jujurlah aku cakap, Hantu Kak Limah jauh lagi bagus. Yang ini bolehlah tahan....

Banyak dialog dari filem Hantu kak Limah diguna semula. Aku faham ia kesinambungan cerita di Kampung Pisang tapi penuturnya bercakap macam dibuat-buat. Sudahnya aku payah nak ketawa. Mujur jalan ceritanya menarik dan gambarnya cantik. Aku suka keadaan ketika Husin berseorangan di malam hari berjalan di jalan kampung yang sunyi. Oiii boleh rasa suasana malamnya. 


Watak Usop Wilca tak berapa menyengat kali ni. Cuma kelakar bila ditunjuk zaman dulu-dulu di kampung Pisang, nenek moyang Usop pun tangannya menari-nari macam tu!

Ceritanya Husin (Awi) balik kampung dengan keadaan bangkrap dari Singapura. Naik kereta buruk je. Mungkin motor dah jual kot. Hehehe. Walaupun orang kampung tak kisah sangat pasal baliknya Husin, tapi ada orang lain yang memang tunggu Husin sejak dulu lagi. Hantu Ayu.

Tapi Ayu guna muka Mon. Mungkin dia tahu Awi tak suka sangat kat dia. Ayu perangkap Husin supaya tinggal aje bersamanya. Lebih selamat. Mulanya ingat Ayu ni si pengacau. Rupanya Ayu nak elak Husin dari jadi mangsa Jin yang muncul 46 tahun sekali di kampung itu. Jin tu makan anak teruna sebab orang kampung dah tak buat semahan kambing untuknya seperti zaman dulu-dulu.

Yang tak boleh blahnya hantu suruhan Ayu/Mon tu sebijik macam Dementor dalam Harry Potter. Roh pemakan jiwa. Tapi secara keseluruhannya filem ini menghiburkanlah.

Cuma aku tak faham, kenapa cakap Jin tu pakai toncit? aku tak nampak toncit pun?.....(*__*) blurrr...





*mmm adik aku cakap toncit tu tongkat (?)....








*semua gambar di atas kecuali gambar tiket; mr google 

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...