6.2.13

ubat cacing.



Baru-baru ni semua anak bulu disyaki menternak cacing sebab bukan main rajin lagi mengulang ke tempat makan. Tapi tak jugak naik badan. Macam Kuya dan si Kechik. Kuya nampak lesu. Terlihatlah si cacing menguit kat bontot dia. Cuma aku hairan, dah dua tiga hari dia kurang ke kotak pasir. Sebab selama ni Kuyalah yang paling banyak memproses emas busuk. Eeeee....

Terus pergi ke klinik haiwan (vet.). Beli ubat cacing kucing. Kalau nak beli ubat cacing ni kita kena tahu usia dan berat kucing kita. Bukan apa doktor tu nak elakkan overdos. Terlebih makan, bahaya! Kalau berat dekat 10 kilo tapi makan sebiji je mungkin cacing pulak tak mati.

Sesi bagi makan ubat adalah sesi yang amat genting selama sejam. Penuh keganasan dan pujukkan. Siap diorang kena berbedung-bedung takut uwan semua kena tendang. Paling seksa bagi ubat ialah si Leo. Adoi macam nak suruh dia makan racun pulak. Berbuih-buih mulut. Memang tak dapat bagi pun. Kuya dan adik Kechik seksa jugak tapi dapatlah telah seadanya....(huh..penat..)

Hasilnya, Kuya balik ke normal. Tak lesu lagi. Adik Kechik pun najis tak lembik lagi. Makin nakal adalah. Nasib baik si Leo pun ok. Cuma sejak akhir-akhir ni dia suka muntah pulak. Tulah asyik makan plastik. Puas dah disorokkan plastik tu tapi dapat juga si Leo ni cari. Grrrrr.....


5 ulasan:

Iela Lullaby berkata...

sama ler ngn bulus2 kt uma tuh...bg mkn ubt cacing mcm soh mkn racun..

c along tuh same mcm leo..suka mkn plastik! haizzz mkn plastik tu sedap sgt gamaknyer,,,mcm mkn jajan pulak..

dh tu mle ler beri kua plastik...

ery D cat berkata...

leo tu sm mcm memet ery..ske sgt plastik geram betul..pastu muntah kan..eeee puas sorok dh..knp ekk suka dgn plastik..itu lom lagi kalau nmpak solitape(err betul ke eja?hehe) yg terlekat2 kat kotak pun dia berusaha geget tarik2 kunyah2...adehla fening...alhamdulillah sume anak2 bulus hud dh normal xde cacing...:)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P berkata...

Leo tak cukup ke makanan mak ko bagi, nak jugak makan plastik tu nape...cari masalah lah kuikuikui

ctpayong berkata...

assalamualaikum wbt.

mmmm...kakCT pon baru je awal bulan hari tu beri dia orang semua ubat cacing.

hud aikara berkata...

alhamdulillah sekarang semua sihat dah. Cuma tabiat si Leo tu tak mau nak hilang. Best kut kunyah plastik ni..tapi doc cakap kena elakkan plastik takut membelit kawasan usus dia...risau pulak..

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...