20.3.13

Mei-chan no Shitsuji



Hah..ni satu lagi drama yang best dan memang tak berpijak di dunia nyatalah! Tapi amat menghiburkan.
Drama ni dah lama dah. Tahun 2009 rasanya di keluarkan. Drama Jepun tahu jelah macamana keadaannya. Dah tentu happening dan gila-gila.

Tersebut kisah si Mei (Nana Eikura) anak gadis yang hidupnya bahagia dengan kedua ibu bapanya di sebuah kampung kecil. Dia bersahabat baik dengan Kento (Takeru Sato) rakan lelaki yang sering dibulinya. hahaha.. Tapi suatu hari ibu bapanya meninggal dunia. Lebih mengejutkan bila dia mendapati rupanya dia pewaris kepada keluarga Hongo yang kaya raya!

Menurut peraturan Mei mesti belajar di sekolah terbaik untuk anak-anak orang kaya iaitu di St. Lucia Girl's Akademy. Bila masuk je sekolah tu, segala-gala pun bermula. Mei sangat pelik bila setiap pelajar perempuan di situ mesti ditemani dengan seorang butler khas termasuklah dirinya!

Butlernya ialah abang Kento, si hensem Shibata Rihito (Hiro Mizhushima). Sekolah itu pun dah pelik dengan acara dan peraturannya yang tak masuk akal. Mulanya Mei tidak diterima oleh para pelajar kerana nampak sangat dia bersifat kekampungan. Ini kerana dia merahsiakan nama keluarganya Hongo. Tetapi kerana sifatnya yang memahami dan suka membantu, lama-lama ramai rakan-rakannya menyayanginya. Termasuk si butler yang telah menyimpang dari perasaannya sendiri. Ini kerana cinta butler dan lady yang dilindunginya adalah terlarang.


Tanpa disedari Mei, dia mempunyai musuh dalam selimut. Seorang pelajar lain yang berpangkat Lucia (rank Sole) di sekolah itu mahu menghancurkannya. Shiori yang mempunyai penyakit lemah badan membenci Mei kerana Rihito dan dia juga mahu menjadi pewaris utama Hongo. Shiori merupakan anak angkat keluarga Hongo. Dia telah dibesarkan dengan ketat untuk menyandang jawatan tersebut. Tetapi kemunculan Mei telah merubah suasana bila datuknya mahu mengadili kelayakkan mereka sebagai pewaris.

Berjayakah Shiori dan butlernya merampas jawatan tersebut? dan apakah perasaan Rihito yang sebenar terhadap Shiori? Hehehehe...sesuai untuk tersengeh di depan TV...

Cerita ni asalnya dari komik oleh Miyagi Riko.

semua gambar: Mr. Google

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...