1.4.13

Miss No Good



Miss No Good. Ni drama lama dah. Kalau tak silap dikeluarkan dalam tahun 2008  kat Taiwan. Tapi aku baru tengok....(biasalah aku kan suka cerita yang dah lampau..kui kui kui..)

Dulu aku memang suka tengok drama Taiwan sebelum Korea popular. Nanti aku cari balik nak buat entry kat sini..hehehe...mana tahu kalau-kalau ada sesiapa yang berminat nak tonton so boleh baca sinopsis dulu kan.

Dalam cerita ni Rainie Yang (aku minat sangat dia nih, cute!) pegang watak sebagai Xiao Hua gadis gila-gila yang kelakar, suka pakai fesyen yang entah apa-apa, positif dan berfikiran ringkas. Dia membantu bapanya menguruskan kedai menjual aksesori macam penyepit rambut, pin, cekak dll. Takdirnya dia bertemu si Tang Men (Wilber Pan) stylist terkenal yang agak sombong dan susah nak senyum. Gara-gara Tang Men tercicirkan set guntingnya yang mahal, Xioa Hua mulai masuk dalam kehidupan Tang Men yang sunyi.

Kemudian muncul Jia Si le (Dean Fujioka) yang telah jatuh cinta dengan Xioa Hua sejak kecil. Jia Si Le yang dulu gemuk dan selalu dibuli disekolah telah berubah menjadi pemuda kacak dan membuatkan semua rakan-rakan lamanya terkejut. Termasuklah Xioa Hua. Hubungan mereka yang rapat menyebabkan Jiang Mi bakal tunang pilihan keluarga Jia Si Le menjadi marah.


Xioa Hua berusaha memperbaiki dirinya untuk masuk ke dalam keluarga Jia Si Le yang kaya raya. Malangnya dia sering dipandang rendah. Segala suka dukanya dikongsi dengan Tang Men dan mereka menjadi rapat. Akhirnya Tang Men jatuh cinta walhal pada awalnya dia hanya membantu Jiang Mi untuk merosakkan minat Xioa Hua terhadap Jia Si Le.

Tapi yang lebih mengejutkan bila ibu tiri Jia Si Le yang mulanya benci dengan Xioa Hua mendapati gadis itu adalah anak kandung yang ditinggalkannya 20 tahun yang lalu. Adakah Xioa Hua akan memaafkan ibunya itu? Siapakah pilihan hatinya Tang Men atau Jia Si Le?

4 ulasan:

UniMeOw berkata...

wahhh cmbest je!!

hud,,kta bleh jd geng la..drama yg org lupa dah,,kta br nk tgk..hik3...

Hud Aikara berkata...

hik hik hik...Uni, tengok le..kalau tengah otak jem, memang sure lapang punya...

ctpayong berkata...

emmmm...kakCT kalah drama bersiri ni jawabnya tengok memang tak pernahnya khatam.

Irfa berkata...

oh bukan drama korea ye?skrg saya duk giler dgn drama korea.huhu

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...