24.4.13

Rock Ooooo....


Filem: Rock Ooo
Arahan: Mamat Khalid (ahli persatuan Hassan Mutalib..hehehe)
Tayangan : Feb 2013

Maaf le..cerita ni dah lama tengok, tapi  di bulan April ni aku baru nak update...memang aku ni selalu bagi cerita dah expired...hehehe


Tapi bila tengok balik filem ni semalam, aku baru terfikir nak masukkan filem ni dalam koleksi filem Melayu aku yang cinonet tu...yalah asyik update drama Korea je...Aku tahu ramai dah tengok filem ni. Sangat Menghiburkan. Kan, kan..? (tiru gaya Jijo).


Macam biasa sentuhan Mamat Khalid...best tapi satu je, kalau jalan cerita dia lebih mantap mesti lagi syok..Kisahnya si Amy (Que Haidar) sering makan hati dengan berita-berita mengenai bekas kumpulan lamanya Rimba Bara. Selepas dibuang dari kumpulan, dia bekerja sendiri sebagai penjual air batu campur. Kumpulan Rimba Bara pula macam tak bermaya bila vokalis mereka Zul Kapan (Shoffi Jikan) menyertai kumpulan rock Malaikat Maut. (hehehe).


Tapi kemudian mereka bercadang nak menyambung kembali perjuangan mereka dalam muzik rock dan kembali ke KL. Dengan sumber kewangan yang tipis dan masalah pengurus, kumpulan Rimba Bara hampir tersungkur. Di tambah masalah Amy yang selalu menyanyi 'syok' sendiri.

Tapi uniknya setiap orang mempunyai karekter tersendiri. Seronok melihat gaya mereka ni. Maklumlah kebanyakkan pelakon filem ni pelakon taraf 'A'.
Dialog si Slash (Pekin) cuma; "okay...aku okay.." 
Si Jijo (Khir) pulak suka sebut; "...kan?...kan?.."
Dan si Black (Norazmi), sengaunya buat aku tak faham apa yang dicakapnya dari awal sampai habis cerita! Hahahaha....

Ketika mereka merasakan peluang sudah padam, tiba-tiba Zul Kapan muncul untuk menghidupkan kembali kumpulan mereka gara-gara kumpulan Malaikat Maut diharamkan sebab salah seorang ahlinya telah 'mengkokak' leher itik serati ketika persembahan pentas. (hahaha)

Bila Zul dah kembali, apa nasib Amy? dia memang tiada bakat  dan apakah dia kembali disingkirkan?

Hehehehe...

p/s: tapi aku cakap terus teranglah...gaya pakaian rock tahun 80 an ni ya Allah..buruk bebenorrr....hahaha..

gambar: mr google

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...