9.4.13

Tunjuk anu sendiri; gila SEKS atau memang dah gila?


Pernah atau tidak anda mengalami kejutan dari lelaki yang muncul dengan menunjukkan anunya? Mereka berfantasi.

Aku pernah nampak dan oh my god...jijik!

Dan kejadian ini bukanlah benda pelik sebab ketika di asrama dulu pun  banyak kes lelaki-lelaki begini mengganggu pelajar perempuan ketika kami keluar beriadah.

Tapi kenapa lelaki yang nampak normal berkelakuan sedemikian? Ke mana perginya maruah mereka? Sanggup menayangkan anu kepada orang ramai? Aku pun tak tahu masalah psikologi seks ni. Tapi satu cara yang penting, kalau nampak perlakuan begini di tempat awam, jangan panik. Jangan menjerit.

Mereka sangat suka mendengar jeritan wanita yang panik. Lagipun ditempat awam mereka tak berani buat lebih-lebih. Apa yang perlu dibuat, kita beritahu aje kawan sebelah, ada lelaki gatal kat situ. Cakap kuat-kuat biar dia takut sikit. Tak pun report polis je. Sebab kebanyakkan mereka bukan orang gila.

Apa yang aku tahu yang buat kerja begini umurnya rata-rata dalam empat puluhan. Tempat paling hot, bas stop dan kawasan tumpuan ramai. Paling bagus kalau ada ramai budak sekolah. Lepas tunjuk anu maka yang selalu terjadi perempuan yang terkejut akan menjerit, masa tulah mereka akan cabut dengan motorsikal. Tapi dari apa yang aku tahulah jeritan itu mendatangkan ransangan keseronokkan kepada mereka walaupun sekejap. Memang otak dah tahap tepu dengan seks aje. Benda lain dia dah tak dapat fikir!

Ketika aku ternampak lelaki yang main anunya tu, aku tengah tunggu bas. Kerana tempat duduk dah penuh aku berdiri agak jauh sikit tepi pokok. Kebetulan kawasan tu ada penghadang tinggi.

Ada seorang lelaki berbaju kuning dan bertopi mundar mandir di balik penghadang. Kalau dari segi kedudukan dia, hanya aku yang akan sedar apa yang dibuatnya. Malang bagi 'lelaki tak tahu malu' tu sebab aku mulanya terkejut juga bila nampak 'benda'nya tu tapi aku buat bodoh. Hah.

Aku sengaja berdiri, tak pandang dia lansung, buat-buat main telefon dan last sekali bas datang, aku pura-pura tak nampak apa pun. Orang macam ni akan gelisah sebab mangsa yang dia tuju tak bereaksi apa-apa. Sorry pakcik, saya gelilah!!!

(Bila manusia jadi hamba nafsu, akalnya akan di simpan di lutut, maka hilanglah segala rasa malu yang melindungi maruahnya sebelum ini. Kepada kawan-kawan perempuanku, ELAKKAN  berjalan berseorangan di tempat sunyi dan jangan keluar lewat malam seorang diri.)

9 ulasan:

Iela Lullaby berkata...

pnah beberape kali jd cmtu masa blk keje..

kawasn tu mmg gelap...ada 1 kreta brenti tepi Cik iela kunun2 tye jalan..

Bila Cik iela bgtau jalan..rupa2nyer tang bwah tu dia ngh tutttttt...siap sengih2 lg kt Cik iela..

Cpt2 angkat kaki blah...huhuh ngeri dan geli..

AyueJean AJ berkata...

hahhahahaha..
AJ penah jumpa.....
Memang manusia ni tak tahu malu.....
Dah tu AJ sempat curi snap pic, sebarkan dalam blog dengan no kereta dia...
Yang pelik tu, dia boleh tau pasal blog dan fb AJ tu.....
Siap PM kat fb minta maaf dan minta delete post...
baru kau tau..
Nak sangat kan....
Sampai sekarang entri tu ada dalam draft, AJ tak delete tapi revert dalam draft...

Irfa berkata...

penah kena masa skolah menengah..lalu jalan short cut.belakang bangunan rumah kedai//igtkan bunyi kucing sekali saya pandang..ada lelaki dibelakang payung..bila saya toleh dia campak payung tu dan tunjuk anu.mencicit saya lari..sib baik dia tak kejar

Hud Aikara berkata...

lela lullaby; iks iks memang ngeri tu...moleknya dikasi penyepak muka lelaki tak guna tuh..

Hud Aikara berkata...

AJ; idea yang bagus gak tu...ambil gambar...mmmm...mahu 7 keturunan dia malu..hahaha

UniMeOw berkata...

uni penah belajar sal mnsia mcm ni sem lepas, lam ksus psikologi abnormal.

dy ada masalah personaliti seksual exhibitionism. org cmni suka wt cm yg hud cter 2 utk cpai kpuasan seks. btol la hud kata,dyorg akan capai kepuasan bila org tkejut & mjerit ketakutan.

uni belajar teori je,xnah jumpa pon..alhamdulillah..xmo la jumpa.seram!

Hud Aikara berkata...

irfa; orang macam tu dia takkan kejar..sbb tahu pulak dia malu ngan org lain..

Hud Aikara berkata...

uni; hehehe..kalau jumpa org macam ni Uni siram je benda tu ngan air panas..hehehe

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P berkata...

ish menakutkan ! pernah nampak masa belasan tahun dulu, orang india duduk atas motor. terus jalan laju2 ngan member

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...