26.8.13

Nahas terburuk yang menyayat hati.


Lama tak jenguk ke sini. Bukan apa. Sibuk sangat akhir-akhir ni.
Tapi terkejut dengan berita kemalangan ngeri yang berlaku baru-baru ini. Sedih melihat gambar mayat-mayat yang bertindih ketika pasukkan penyelamat tiba. Sebuah bas membawa lebih kurang  52 penumpang terjatuh ke gaung sedalam 60 meter. Setakat yang aku baca kematian mencecah 37 orang dan yang lain cedera parah. Mangsa-mangsa yang terselamat menceritakan detik-detik cemas sebelum mereka terhumban ke gaung. Menurut mereka bas dipandu laju. 


Menakutkan.

Secara umumnya kronologi kemalangan yang berlaku di Genting Highland melibatkan bas;


5 Mac 2012 : 2 maut dan 20 orang cedera

29 Oktober 2010: 7 maut dan 20 orang cedera

2 September 2010: 18 cedera

3 Jun 2008: 2 maut dan 41 yang lain cedera

20 Nov 2006: 3 maut

14 Nov 1999: Seorang terbunuh

31 Dec 1996: 30 orang cedera

15 Julai 1996: 17 orang maut

Kita tak pernah belajar dari tragedi lampau. Kenapa laju sedangkan dah tahu tempat bahaya? 
Memanglah ajal dan maut di tangan tuhan tapi kecuaian tidak dapat dimaafkan. 
Apa pun semoga tiada lagi kejadian sesedih begini berlaku lagi. 
Harap ia menjadi pengajaran kepada pemandu bas yang lain. 

Takziah kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang.

*sumber Kosmo

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...