26.10.13

Apa nak jadi, sepanjang minggu penuh tragedi!


Sedih. Sepanjang minggu lepas tiga kejadian besar berlaku dan melibatkan kematian. Aku tak mahu mengulas detail sebab dah banyak blog menulis tentang semua tragedi ini.

Takziah kepada keluarga mangsa tragedi banjir lumpur di Cameron Highlands.


Satu empangan di Ringlet Cameron telah melepaskan air dan menyebabkan arus deras yang menghanyutkan rumah dan banyak kenderaan rosak teruk.






Kes lain, rompakan di bank di USJ yang dilakukan oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri. Si durjana ini telah menembak mati seorang kakitangan bank dengan kejam. Selepas menonton rakaman video yang berlegar di internet, aku tak pasti apa motif pengawal tu menembak arwah, sebab dari keadaan tersebut sepatutnya dia tidak perlu melepaskan tembakkan. Di bawah merupakan gambar manusia kejam tersebut.

imej: blog malaysiamilitarypower

Kepada keluarga arwah Norazita Abu Talib, takziah dan semoga tabah. Semua rakyat Malaysia berharap penjenayah kejam ini mendapat balasan yang setimpal. Al fatihah ...

Kes yang terbaru dan terdekat dengan kediaman aku ialah kes bunuh di Taman Melati baru-baru ini. Waktu diberitahu oleh salah seorang bos aku, aku masih ada di pejabat. Terkejut jugalah.

imej: blog www.melvister.com

Lelaki ini katanya pemandu van rokok tapi telah menikam dua orang di LRT Gombak dan kemudian membunuh dua orang lagi di kawasan LRT Taman Melati. Kedua stesyen ni jaraknya dekat sahaja. Dari video yang aku dah tengok, aku rasa pembunuh ni mempunyai masalah mental. Orang macam ni paling menakutkan sebab dia bertindak secara tiba-tiba. 

Apa pun sekarang memang dah tak selamat untuk bersenang-senang dijalanan. 
Mesti sentiasa berhati-hati dan paling sedih kita terpaksa mengurang rasa percaya pada orang. Waima kawan yang telah bertahun kenal kerana sesetengah masalah mental ni sukar dikesan sampailah kejadian sadis terjadi.

Hati-hati semua! :(


2 ulasan:

Ms.fida berkata...

mcm2 tragedi n kes bunuh sekarang ni kan? nak keluar rumah pun seramm :(

HUD AIKARA berkata...

yalah Ms Fida...manusia sekarang makin kejam..:(

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...