29.10.13

mario maurer si tampan yang hot! ngeee...

Siapa si Mario Maurer ni?

Inilah hero hot dari negara jiran Gajah Putih. Bukan kerana ketampanannya saja yang membuatkan dia dikenali tetapi lakonannya yang berkesan dalam beberapa filem yang meledak dipasaran. Lahir pada 1988 di Thailand dia merupakan seorang model dan pelakon yang berdarah Thai, Cina dan Jerman.


Pada tahun 2007 Mario memegang watak 'Tong' dalam Love of Siam. Filem ini telah meledakkan namanya sekaligus bakatnya diiktiraf di Thailand.  Ia merupakan filem berkisar tentang dua remaja lelaki yang saling jatuh cinta. Tong dan Mew sahabat baik sejak kecil dan melalui pelbagai perkara bersama-sama. Mereka berpisah selepas satu tragedi menimpa kakak Tong tetapi bertemu semula setelah remaja. Kehilangan kakak Tong menyebabkan ayah Tong mengalami tekanan perasaan sehingga ibu Tong terpaksa mengupah June yang berwajah serupa dengan kakak Tong supaya menyamar menjadi anaknya yang hilang. June ialah pengurus band muzik Mew. Pengakhiran cerita memang Tong dan Mew tidak dapat bersama tetapi jalinan perasaan yang diutarakan dapat kita fahami dengan jelas. 


Crazy little Thing Called Love pula filem lakonannya yang menjadi Asian hit pada 2011. Ini salah satu filem favorite aku. Jalan ceritanya memang best! (^__^)v. Kisah si Nam pelajar perempuan yang bertahun memendam cinta pada seniornya Shone (Mario Maurer). Pelbagai cara Nam dan rakan-rakannya guna untuk menarik perhatian Shone. Memang lucu tapi apa yang Nam tidak tahu Shone sebenarnya sudah lama jatuh hati padanya. Tapi Shone ni jenis yang slow. Sehingga rakan baiknya sendiri tertarik pada Nam, Shone merasa tidak punya harapan lagi.


Nam sedang berangan memandang Shone. Hahaha.

Tapi dah tentulah akhir sekali mereka bersama juga. Jalan ceritanya sangat menghiburkan. Nam yang berkulit gelap, tak cantik, berkaca mata berusaha merubah dirinya menjadi lebih baik dan popular di sekolah semata-mata kerana Shone. Akhir sekali Nam menyedari cinta Shone telah menjadi kekuatan untuknya maju dalam hidup sehingga bergelar designer muda terkenal.

Filem Phee Mak Phra Khanong pula berlegar di pawagam tahun 2013 adaptasi dari kisah terkenal Mae Nak. Dalam  filem ini Mario memegang watak Phee Mak suami Nak yang pulang dari peperangan bersama empat rakannya. Phee Mak tidak mengetahui isterinya telah mati semasa ketiadaannya tambahan lagi orang kampung takut untuk memberitahunya. Pelbagai perkara lucu terjadi ketika rakan-rakannya cuba menyelamatkannya dari hantu Nak. Komedinya sangat kelakar. Sampai keluar air mata aku gelak. Tapi dihujung cerita kita akan keluar air mata jugak sebab sebak. Sedih giler bila akhirnya Phee Mak sebenarnya sudah tahu isterinya hantu cuma dia tidak kisah asalkan dapat bersama Nak.

Lucunya mereka berenam hidup aman damai dan mengusahakan rumah hantu. Dah pastilah salah satu hantu dalam rumah berhantu tu si Nak! hahaha...



Ada beberapa lagi filem lakonan Mario ni yang best tapi tiga filem di atas yang memberi kesan bagus pada aku dari segi lakonan dan penceritaan. Tambah rupanya yang cute tuh..ooooo...lagi best menonton!!!

imej: semua mr. google

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...