14.11.13

adik chik..budak bulu yang ceria, bijak dan pandai ambil hati

Biarlah orang nak cakap aku ni 'hantu' kucing. Bukan suka-suka aku bela kucing nih. Bukan sebab nak buat koleksi. Kucing ni makhluk hidup. Perlukan makanan, tempat tinggal dan kasih sayang macam manusia. Semua kucing aku tu, bekas kucing jalanan. BUKAN BELI.

Termasuk Adik Chik nih...masih baby lagi datang depan pintu rumah minta kasih sayang. Iks tak sampai hati aku melihat renungan dan muka merayu dia. Kalau kucing dewasa yang datang, aku akan bagi makan dan minum je depan rumah. Tapi kalau baby memang tak sampai hati. Rumah aku tu bukan boleh bela banyak kucing. Sebab aku bukan tinggal seorang dan satu lagi rumah aku tu rumah flat. Faham-faham jelah situasi dengan jiran-jiran kalau kita bela kucing banyak..dah confirm kena sound tak pun kena jeling sampai juling..hahaha...


Adik Chik: Chik janji tak mau jahat-jahat..


Uwan: Iyer ke..


Adik Chik: Chik janji tak mau buat uwan cucah-cucah...

Uwan: Kununnn...tapi Adik Chik makan banyak. Nak makan cedappp jer... penat uwan tau...


Adik Chik: Chik tito ulu uwan...Chik enatlah...

Uwan: ko buat apa penat? seharian main je keje...


Ni gambar Adik Chik masa dah dua bulan jadi ahli keluarga kami. Bagi aku dia ni istimewa. Pandai ambil hati semua orang. Suka jadi peneman orang. Kadang-kadang sampai tertidur dia tunggu aku keluar dari bilik air. Yelah bila perut dah sakit memang dekat setengah jam buat pelaburan. Ha.

Waktu malam nak masuk tidur, Adik Chik slow-slow landing sebelah aku walaupun dah tahu uwannya ni tidur ganas. Dah banyak kali aku terterajang dia...mana sedar..tapi bila terkena badannya yang berbulu tu boleh pulak aku terjaga. Tapi muka Chik tengok aku macam nak cakap; "tak pe uwan..chik tak cakit pon.."

Huhuhu..Chik, uwan sayanggg sangat kat Chik.

Leo: uweeekk nak muntah I....

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...