4.11.13

The Mentalist - Patrick Jane yang licik

Aggghh..siapa pernah tengok The Mentalist? Rasanya ramai yang dah pernah kan. Salah satu drama bersiri polis yang best untuk ditonton. Kelebihan siri ni ialah wujudnya orang yang dapat memanipulasi fikiran dan pemikiran orang lain! Setakat ni kalau tak salah dah siri ke-6 dah. Aku tengok sampai siri ke-5. Suka sangat dengan watak Patrick Jane si konsultan California Bureau of Investigation (CBI) yang selamba.


Patrick Jane merupakan konsultan bebas CBI yang terletak di Sacramento, California. Bersama ejen Lisbon, Cho, Rigsby dan Van Pelt mereka menyelesaikan banyak kes-kes pembunuhan dengan jayanya atas kelebihan Patrick Jane yang sebelum ini pernah menjadi  psychic medium yang terkenal.


Simon Baker sebagai Patrick Jane.

Namun Patrick mempunyai tujuan yang utama masuk ke CBI. Dia obses memburu RED JOHN. Red John merupakan pembunuh bersiri yang ditakuti, licik, pandai memanipulasi dan merupakan lawan yang sukar. Patrick mahu membalas dendam ke atas kematian anak dan isterinya. Kerana keceluparan dan keangkuhannya satu ketika dulu ketika memberi komen tentang Red John dalam satu rancangan TV, keluarganya menerima akibat yang buruk. 

Setiap episod menghiburkan dan aku cukup suka metode yang digunakan oleh Patrick Jane menyelesaikan kes. Sentiasa ada ide nakal dan memeningkan kepala bosnya Lisbon. Hahaha...

imej: google


Leo: uwarrgggghhh.....(menguap)
 Dari dengar citer mengarut uwan...baik aku tido...kroihhh...

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...