27.2.14

Kucing juga dapat rasa orang yang disayanginya akan pergi...

Lama sangat aku mendiamkan diri dari berblog...bukan malas tapi aku memang tak ada masa. Kebetulan Broadband yang aku guna dah terlalu slow...jadi aku dah terminatekan. Kerja di pejabat makin hari makin banyak tapi itulah kehidupan kan? Kita mesti berkerja untuk kelansungan hidup.

Bulan Februari tahun 2014 ini merupakan satu bulan yang agak sedih dalam keluarga aku. Pakcik aku (bapa tiri) pergi mengadap ilahi selepas dua minggu sakit dibahagian usus. Pada mulanya dia kembung perut. Ingatkan sebab angin. Pakcik biasa diserang sakit angin di perut tapi biasanya lepas makan ubat akan sembuhlah. Mak aku bawa pakcik ke klinik swasta, kali ni doktor tu cakap ada sesuatu yang tak betul dalam sistem penghadaman pakcik. Dia rasa usus pakcik tersumbat.

Memang dia betul. Malam tu pakcik muntah teruk. Lalu pihak hospital Mersing terus kejarkan pakcik ke Hospital di Johor Bharu untuk pembedahan. Selepas pembedahan doktor hanya memberi harapan 50-50. Sebab pankreas (satu kelenjar yang terletak di belakang perut) pakcik sudah rosak. Usus pakcik tersumbat dengan teruk. Kemungkinan kuman telah merebak.

Dua minggu mak aku menjaganya di hospital. Ketika kami datang melawat, pakcik kelihatan sebak. Macam-macam dia berpesan apa yang belum dia sempat buat. Sampai adik lelaki aku tenangkan dia yang kami akan uruskan hal rumah. Dia menangis bila bertanya tentang Oyen kucing kesayangannya yang dah dua minggu tak dilihat. Sebak pulak aku masa tu. Selepas lawatan kami hari tu kami mendapat berita pakcik meninggal dunia pada pukul 2 pagi hari Jumaat.

Pengurusan jenazahnya sangat mudah dan cepat. Alhamdulillah. Kami sendiri tidak sangka akan jadi semudah itu. Mak aku kata ketika orang nak mandikan dia, perutnya bersih aje. Pemergiannya tidak menimbulkan banyak masalah dan ramai pula yang nak sponsor ketika majlis tahlil. Di sini aku belajar sesuatu yang penting. Jangan hakimi seseorang manusia dari luaran sebab kita tidak tahu bagaimana saat menempuh kematian.

Namun sebelum kejadian itu, kami sebenarnya sudah mendapat tanda-tanda. Salah satunya aku dan sepupu bermimpi gigi kami tertanggal. Kejadian ini juga berlaku ketika kematian bapa saudara aku satu ketika dulu.
Selain itu mak aku kerap menyebut hal kematian tanpa sebab. Mak aku tiba-tiba bertanya kami sama ada dah mendaftar khairat kematian atau tidak. Dia juga bila beli kain batik sebelum tu boleh pula bercakap tentang kelebaran kain supaya senang nak tutup jenazah.

Sebenarnya aku dah mula rasa tak sedap hati dengan semua tu. Aku cakap macam ada yang nak pergi..tapi aku tak tahu siapa. Sebab tak ada yang sakit tenat dalam keluarga kami. Akhir sekali Oyen kucing pakcik paling dapat rasa. Dia tiba-tiba nak tidur dengan pakcik tiap-tiap malam. Sampai mak aku naik hairan sebab Oyen suka tidur dengan mak sebenarnya. Jadi tiap-tipa malam dia tidur berpeluk dengan pakcik dan empat lima hari selepas itu pakcik masuk hospital. Wajah Oyen memang paling sedih.


Semoga pakcik tenang di sana dan dicucuri rahmat serta keredhaan-Nya. Amin.


2 ulasan:

ctpayong berkata...

kakCT ada kenalan yg telah pergi mengadap Illahi. beberapa bulan terkemudian, sekor demi sekor kucingnya turut pergi juga.

p/s : arwahnya pun gila kucing macam kita gak!

HUD AIKARA berkata...

ctpayong: ye la..kucing-kucing ni sebenarnya sayang kat kita...kalau yg rapat sangat tu diorang memang sedih kalau tuannya tak ada...:(

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...