10.3.14

MH370 pulanglah...kami semua menanti kepulanganmu...

Pada pagi hari 9.3.2014 aku bangun pagi dengan berita pesawat Mas hilang. Blur kejap. Pesawat hilang?
Rupanya pesawat yang terbang pada 8.3.2014 dari KLIA itu tidak mendarat di Lapangan Terbang Beijing tempat yang sepatutnya ia berhenti. Mengikut berita Sinar Harian ia membawa lebih kurang 239 orang termasuk 12 orang anak kapal dan 2 bayi.

Kehilangannya sangat misteri, sampai saat aku menulis ini tiada apa-apa pentanda yang menujukkan keberadaan MH370. Apa-apa yang ditemui di laut sebelum ini tidak mendapat pengesahan dari konsulat di Vietnam. Pesawat dikatakan berpatah balik dan yang peliknya tiada lansung panggilan kecemasan daripada juruterbang. Ia hilang begitu saja dari radar di perairan yang dikawal oleh Vietnam.

(Gambar adalah dari Sinar Harian Online)


Sepanjang hari aku tak kemana-mana. Hanya duduk depan TV melihat perkembangan situasi kehilangan pesawat terbabit MH370. Tak kurang juga aku memeriksa akaun Facebook dan Instagram. Ramai yang melahirkan kesedihan dan kebimbangan atas nasib penumpang dan anak kapal MH370.

Tapi aku benar-benar tak dapat terima bila ada individu yang mempolitikkan, mempersendakan dan mengejek insiden yang berlaku. Paling menyedihkan mereka ini adalah rakyat Malaysia sendiri. Sampai begitu sekali kebencian dan ketaksubkan mereka. Mereka sentiasa berfikiran negative terhadap orang lain dan semua yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah tak betul. Mereka hanya pandai bercakap dan mengejek tapi lansung tiada apa-apa yang tahu dibuat selain duduk depan laptop dan cuba menjadi 'pakar penerbangan, dektektif atau memalsukan berita supaya keadaan jadi kecoh dan huru-hara. Apakah kamu semua tak terfikir lansung perasaan ahli keluarga mangsa? Adakah politik itu begitu penting sampai sanggup mencetuskan kebencian dan perpecahan agar matlamat kamu tercapai?

Kamu sanggup mendengar spekulasi berita asing yang entah dari mana sumbernya dari mempercayai sumber yang sepatutnya kita ikuti. Penipuan, konspirasi, lakonan, kalau pun kamu rasa sangat benar berlaku, tidak dapatkah kamu ketepikan sebentar hal-hal tersebut dan berdoa sebentar untuk para penumpang dan anak kapal MH370?

Apa pun aku berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada kita dimana MH370 berada kini. Memanglah jika diikutkan secara logiknya pesawat tersebut sudah tak mungkin berada di udara. Tapi aku berharap benar terjadinya keajaiban.

Alangkah indahnya kalau tiba-tiba MH370 muncul untuk membuat pendaratan.....


2 ulasan:

Irfa berkata...

pd yg suka membuat cerita smoga diberikan hidayah ke jalan yg benar
akak berharap, mh370 akan muncul utk menamatkan semua kekusutan ini

HUD AIKARA berkata...

yalah saya pun berharap ia muncul dengan selamat...:(

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...