28.5.14

Good Doctor


Good Doctor merupakan drama bersiri kedoktoran Korea tahun 2013. Drama ini dibintangi oleh Joo Won sebagai Park Shi-On yang mengalami masalah Autistic Savant tetapi menjadi doktor pediatric surgeon yang genius.

Sejak dari kecil Shi-On selalu dibuli oleh rakan-rakan sekampung kerana perlakuannya yang berbeza disebabkan dia mengidap autistic. Tambahan lagi dia mengalami penderaan dari bapanya yang pemabuk. 

Namun Shi On sangat disayangi oleh abangnya yang sentiasa menjadi pelindung. Suatu hari arnabnya dibunuh oleh bapanya yang pemabuk menyebabkan Shi On bertekad untuk menjadi seorang doktor. Kemudian abangnya pula terbunuh dalam lombong yang runtuh lalu hidup Shi On menjadi sangat sunyi. 

Nasib Shi On amat baik bila seorang doktor di kampung itu menjaganya dengan baik sehingga menjadi pelajar perubatan terbaik di universiti. Malangnya penyakit autisticnya menghalangnya dari menggapai status seorang doktor. 

Namun begitu satu kejadian mengkagumkan orang ramai telah berlaku di stesyen LRT bila Shi On membuat pembedahan kecil terhadap seorang budak lelaki yang cedera dihempap kaca papan iklan yang tumbang. Disebabkan itu doktor yang menjadi penjaganya (telah menjadi presiden Sungwon Hospital University ketika itu) berusaha mendapat persetujuan lembaga pengarah membenarkan Shi On berkhidmat di hospital sebagai doktor dengan mempertaruhkan jawatannya. 


Shi On diletakkan dibawah Ketua Kim Do han (lakonan Joo Sang Wook) pediatric associate professor yang tegas dan dingin. Pada mulanya dia tidak menyenangi Shi On begitu juga doktor-doktor yang lain. Namun Shi On berusaha berubah dengan sokongan Yoon Seo (lakonan Moon Chae Won) rakan sekumpulan yang tegas tetapi berjiwa lembut.

Berjayakah Shi On menempatkan dirinya sebagai doktor yang baik di hospital itu? Drama ini menarik kerana mereka cuba menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi pesakit. Sementara itu hubungan Shi On dan Yoon Seo pula semakin rapat sehingga Shi On jatuh cinta. Namun sanggupkah Yoon Seo menerima lelaki autistic menjadi teman hidupnya?

gambar: mr google

3 ulasan:

Irfa berkata...

mcm best
ni tayang kat mana?
channel 393 ke?
mamat tu berlakon citer bread love tu kan

Betta sp berkata...

uuh...dia patot bertekad jadik dr veterinar masa rabbit dia kena bunuh,baru btol

HUD AIKARA berkata...

hihihi..wah dah lama tak dengar pasal en Betta... dlm cerita ni budak tu menganggap arnab tersebut sebagai rakannya ..mungkin sebab itu dia nak jadi doktor...:)

Cik Irfa rasanya DVD dah kuar...:)

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...