23.6.14

'Susah' - sampai baju tak boleh tukar

Kejadian remaja OKU yang ditemui semasa ops PATI baru-baru ini memang mengejutkan seluruh Malaysia. Dengan rupa yang kurus kering, bergelumang dengan najis sendiri, Muhammad Firdaus dilihat sangat menyayat hati.

Ini menimbulkan tanda tanya, mengapa ibunya sanggup mengabaikan dia dengan begitu teruk? Jelas, alasan yang diberikan oleh ibunya tidak dapat diterima oleh rata-rata orang. Menurut laman facebooknya yang telah menjadi popular sekelip mata, keadaan 'susah' yang diceritakan tidak seiring dengan gaya hidupnya di laman itu.. Itu pun kalau dia benar-benar jujur di laman sosial tersebut.

Menurut bekas pengasuh Muhammad Firdaus, si ibu memang mengalami masalah kewangan dan kesihatan. Dia sendiri terkejut dengan kejadian tersebut dan mahu menjaga bekas anak asuhannya itu jika dibenarkan.

Yang peliknya jika ada masalah kewangan sekalipun takkanlah menukar baju anak pun tak boleh? Pakaian remaja tersebut seolah-olah tidak berganti sejak pertama kali dia dikurung (rasanya memang tak dimandikan lansung!). Tentang pemakanan pula, dari rupanya kelihatan ibunya akan beri makan bila teringat saja. Maknanya dia sentiasa berlapar!

Entahlah..banyak benda yang semua orang tertanya-tanya, tapi biarlah pihak berkuasa yang menguruskan kes tersebut. Kalau kita kutuk, kita marah pun tak ada guna juga. Komuniti kita sekarang pun bukan peduli hal sekeliling. Bila dah berlaku baru mula ambil peduli. Menurut jiran-jiran pula si ibu tidak bercampur dengan orang lain. Buat hal sendiri. Dia membuat kenyataan 'orang tidak tahu kesusahannya'. Dan itu memang betul. Sebabnya dia tidak memberitahu masalahnya jadi bagaimana orang lain akan tahu?

Banyak spekulasi dibuat. Di laman sosial bersepah cerita si ibu ini. Tapi di mana ayahnya? Adakah kita hanya menyalahkan sang ibu saja? Apakah ibunya memang mempunyai masalah mental?

Apapun semoga adik Muhammad Firdaus kembali sihat. Memang tak dinafikan menjaga anak OKU sangat mencabar kesabaran. Orang kata, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tetapi anak itu amanah dari tuhan. Dia lebih baik nasibnya dari kita di sana. Bagaimana berat pun menjaganya, ibu bapanya kena terima. Jika tak mahu dan tak sanggup jaga, serahkan kepada badan kebajikan daripada terbiar seperti itu.

Kita doakan agar perkara ini tidak lagi terjadi dalam masyarakat kita. Dunia yang mementingkan wang sebagai kuasa utama membuatkan kita hilang rasa saling sayang pada sesama tetangga. Kita jadi tak peduli apa yang orang lain buat asalkan mereka tak kacau kita. Jika mereka hidup menyendiri kita tak ingin nak kenal. Kita salahkan orang yang menyendiri tu 100 peratus sedangkan kita tak pernah cuba ketuk pintu rumahnya.

Apapun semoga perkara sedih ini tidak terjadi dikalangan ahli keluarga kita...Aminnn

3 ulasan:

♚ wonderFURRworld ♚ berkata...

tak logik langsung kalau mak dia ckpp dia susah..

rasanya org kat ceruk2 kampung yg lagi miskin, xde pendapatan, xde internet pun x macam tu sekali baju anak2.. takkan susah sampai x mampu nak tukar baju anak..org lain susah anak2 ramai pun xde kurus kering tinggal kulit dengan tulang camtu sekali..

geram sangat..x kira apa alasan mak dia, mmg x leh diterima. mak dia ade FB, knp laa x gunakan FB utk mintak bantuan. Sure ade jer orang nak tlg.. ni anak yg lagi sorg elok jer bergaya..

*emo*

HUD AIKARA berkata...

Kan? tu la yang pelik. Kenapa baju anak pun sampai tak tertukar? sakit mental mak dia ni...:(

♚ wonderFURRworld ♚ berkata...

tau tak per..kalau saya jadik peguam, saya sabitkan dia dengan tuduhan nak bunuh anak dia...ape niat dia selain dari tu kalau sampai ke tahap biar anak kurus kering cam mayat tuuu..???

nangissssssssssssssssssssssss

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...